Pages

Sunday, November 24, 2013

Konvo sudah saya :D

As salamualaikum! wah, seperti biasa expresi pertama bila update blog ialah 'waah setelah sekian lama tak update blog, akhirnya.. wulala' here come the writing mood huhuh Akhir sekali update blog iaalah 22 Oktober, dan sekarang dah lebih sebulan (-_-)'' naseb baik bukan blog bisnes, kalu dak, terbengkalai gitu ibarat stadium runtuh gong badak (ehh?)

Hm, Alhamdulillah Allah still bagi peluang untuk bernafas. ya Alllah sepanjang sebulan ni macam-macam berlaku. Ada suka duka, masam manis rencah kehidupan. wahh. nak mula dari mana ni. hurm. last sekali cerita pasal nak tinggal sekolah paloh kannext important thing in my life ialah ialah meraikan hari jubahku. yeayyy (^_^)/  

Step steap untuk melalui hari jubah ni ternyata bukan senang. ohoo, bermula dengan 3 tahun pengajian Sarjana Muda Sains Biologi, exam demi exam, test demi test, FYP, thesis dan akhirnya, dgn izin Allah dapat merasai hari ni, hari untuk menggenggam segulung ijazah keramat ku wuwu syukur sangat :') itu step general, step beberapa hari sebelum, nahh komplikated jgak rupanya (-_-)' kena isi borang online, ala2 interview, mengambil masa kurang lebih sejam T,T, ambik jubah di dewan sultan mizan, raptai dan sebagainya. haaa dan masa tu jugak, ambik peluang untuk buka booth di pesta konvo! hihi 

ini gerai saya :D :D

Gambar ni diambil masa hari first day pesta konvo, tak banyak sangat bawak, sbb nak tengok tengok dulu macam mana. haa betul sangkaan ku, orang tak ramai sangat, cuaca panas (=_=)' dan masa tu jgak sibuk dgn raptai konvo, kawan-kawan ajak reunion dan sebagainya. adeh. ke sana ke mari, tapi seronoknyaaa jumpa kawan kawan seperjuangan sepanjang 3 tahun belajaq sama. hooray \(^^)/

Hari hari sepanjang buka gerai di pesta konvo macam-macam dugaan. Penatnya. kami buat, kami bawak ke sana, dan jaga gerai erk (=_=)' tapi bila sibuk sibuk macam ni, the moment when dapat hasil, memberi kepuasan yang berbeza! wahhh. man jadda wajada kang, siapa berusaha, dia akan beroleh hasil haa Alhamdulillah hari kedua, ketiga, hingga ke hari akhir, jualan makin ok. hari ke 3 terpaksa tutup satu cawangan booth sbb beberapa masalah tapi second booth, wahh memberikan pulangan yang luar biasaa :D :D syukur2. tiba2 kena serbu, mungkin sbb masa tu ramai orang luar, parent2 dah mula sampai umt, dan cuti mdsem pun dah berakhir, jd student2 dah kembali ke U. huhuh 

Kisah hari konvo, wahh hari yang dinanti-nantikan. hari untuk meraikan. hari untuk berjubah ungu (^^)/ paling penting hari untuk berphotoshoot hikk. Hari yang indah, mula2 macam neves seves samapai sana. bila tengok semua dah mula berjubah dengan semangatnya, wee sukanya, suka perasaan teruja ni :D dah pakai topi, jubah siap2, masuk ke dewan. masa tu cuma mak, adik Nazirah dgn Naqilah ja yg ada sbb ayah ad hal, mai petang skit. Lama duduk dalam dewan, lapaq plak tu. tapi masa ucapan tu sebenarnya dah neves tak pikir ap dh. cuma mengutip keberanian dan kekuatan utk berdiri, melangkah ke pentas, dan ucapkan 'Te..te..rii..ma kas..sih Pro canselor' uih, tolongla jangan ketaq =_=' 



Antara aktiviti untuk mengurangkan neves ialah merakamkan detik indah (mungkin yang terakhir T,T) dengan kawan kawan. haaa snap sana sini, akhirnya sampai lah masa untuk satu kelas kos SM Sains Biologi naik ke pentas. whoa. cool cool. dubdubdub. 'Khalida binti Kharudin' saya saya! huu. >.< tuptup dah siap,turun pentas.rupa-rupanya tak sampai setengah minit pun naik pentas. huhuh tapi harga yang perlu dibayar untuk merasai naik pentas stengah minit tu, 3 tahun pengajian yang penuh dugaan, dan juga hutang PTPTN yang menimbun tu (ehh? huk3)

Dan the ending is, photoshoot dengan family terchenta <3 wee. naaah dalam family, setakat ni saya sorang jah bergelar pelajar U dan paling first merasai pengalaman graduasi. my brother and lil sis, 2 2 penuntut IPG dan insha Allah bakal bergelar guru. Ok, banyak gambaq ambik. when daddy came, wahhh bahagianya rasa hati, my dearest hero dah maii! :D :D 


Dalam banyak-banyak gambaq, this one remains as my most favourite <3 Syukur sangat sangat dapat merasai hari ni. insha Allah berkat belajar 3 tahun ni dapat bantu diri sendiri, keluarga pd masa hadapan insha Allah. amiin Allahumma amiin. urm, tak dapat banyak hadiah pun, dapat bunga sejambak, cekelat daim dr adek usrah dgn beberapa ekor haiwan chomel jah hihi boleh la tuu, menambah seri dlm gambar yg disnap ><




Tuesday, October 22, 2013

Papai Paloh :(

As salamualaikum! wulala. lamanya tak hupdate blog fuh. akhir sekali update adalah masa mula mula jadi cikgu ganti, iaitu 2 bulan lepas, dan sekarang dah habis pun jadi cikgu ganti. wuhuu. perasaan bercampur baur, separuh kata hooorayy! lepas ni tak payah hupdate rekod mengajar harian, tak payah kalut iron baju pagi pagi, tak payah berhadapan dengan perangai nakal budak budak PRA dan 1B tapi tapi tapi~ cant believe it i m saying this but. a part of myself, kadang kadang terdetik, Allah rindunyaaa SK Paloh :( Rindu dengan Fathir, Izzah, Hairi, Ehsan Fahmi, Aiman, Danny, Zahra, Alia, Syed Adam, Abdul Hanan Amin, Bakzi, Lili dan raaaamai lagi. Rindu untuk sembang sembang dengan ustazah Sakinah, kak Anna, kak Fiza, dan Cekgu Kamal. Depa ni semua baik baik, sepanjang jadi Cikgu SK Paloh, diorang banyaaak bantu dan buat proses adaptasi dengan sekolah itu much much easier than ever. hmm. harap harap lepas ni ada peluang lagi jenguk-jenguk sekolah Paloh. a place which taught me soooo many things! rinduuu! T.T



Saturday, August 31, 2013

Welcome to Paloh =]

Setelah beberapa lama coti sakan dan cuma buat bisnes kecil-kecilan, akhirnya merasa dapat kerjaa! hii Alhamdulillah, percubaan hantar borang untuk jadi guru sandaran ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membuahkan hasil. Lebih kurang seminggu sebelum raya, dapat panggilan daripada PPD dan maklumkan dapat tawaran utk jadi guru ganti di SK Paloh, sbb ad cekgu yang baru bersalin. hii Alhamdulillah syukur, lepas ni tadela pegang title penanam anggur yang tetap lagi =,=' sekurang kurangnya dah boleh senyum dan cakap, Alhamdulillah sekarang jadi cekgu hikk (padahal cekgu ganti je hurhur)


Haaa yang bestnya, dapat offer untuk jadi guru JQAF, yang secara tak lansungnya memberikan satu amanah, title yang agak berat iaitu jadi 'Ustazah' *ustazah instant dan temporary je pon -,-'. haih, ya Allah tak pernah sangka2. Mula-mula fikir, neves jugak, sbb tak pernah training untuk jadi seorang pendidik, tiba-tiba kena jadi ostazah, ajar budak-budak mengaji, ajar mengenai tauhid, aqidah etc which memg menuntut kesabaran, hikmah dan keikhlasan yang super duper high class gitu. yakk \(^,^)/

Dipendekkan cerita selepas prepare apa apa yang patut, urusan dokumen, persediaan mental dan fizikal akhirnya ting!! jadilah saya seorang yang bernama guru *feeling goood hihi. Tanggal 4 Ogos 2013 first time menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Paloh yang terletak di sekitar kawasan Manir, Teluk Pasu. SK Paloh ni tak besar sangat, pelajar kurang lebih 300 orang. Cekgu pula +-30. haaa neves nya mula mula masuk, tade kawan isk isk ye lah sebelum ni masuk sekolah ad geng, masuk U ada geng, akhirnya masuk dunia pekerjaan tada kawan, survive sorang sorang fuuu >,< Hari first Alhamdulillah kenal kenal cekgu, masuk kelas, semak silibus, studi apa nak kena buat. wah wah notbad ya, banyak dan berat rupanya tugas cekgu ni, ingatkan masuk kelas terus pegang kaporr, nahhh gitu gini, abis masa keluaq teruih. huihui kini ku mengerti, tak semudah ituu. terima kasih guru-guruku =,='


Rupa-rupanya bahagian pengajaran JQAF tahap satu dan PRA di SK Paloh ni agak berlainan dengan sekolah sekolah lain. satu kelas, untuk subjek Agama Islam dipegang oleh 3 org cekgu/ustazah. Jadi saya berkongsi dengan 2 orang lagi guru iaitu Ustazah Sholehah, Ustazah Sakinah dan ada satu kelas kongsi dengan Ustazah Zana. Semuanya super senior, saya sorang je sangat baruu dan sangat taktauapaapa huk =,=' Bila masuk time subjek PAI, budak-budak ostazah berkenaan otomatik akan bergerak ke tempat masing masing, ada harinya di surau, di bilik JQAF atau dalam kelas je. sebenarnya sampai sekarang (kurang lebih sebulan kemudian) masih lagi pening dengan sistem ni huihui sebab kadang kadang terfikir, cara pengajaran lain lain kan? jadi mcm mana silibus pembelajaran di'standard'kan. tapi mungkin jawapannya ada pada buku rancangan tahunan/silibus *yang ang malas nak studi tu kiki >,< jadi setakat ni, saya pun refer buku tu, dan sentiasa plan, okeh minggu ni, minggu ke 30 nak kena aja apa, latihan ap haaa. tapi apa pun tak dinafikan tak mudah wei, susahnya jadi pendidik, nak kena rancang cara pengajaran, dan nak kena tahan penatnya menghadapi karenah budak budak haiyooo *lap peluh kat dahi =,=''

Yang tu satu hal, satu lagi macam mana nak break ice dengan guru-guru SK Paloh ni -,-' kita ni bukan lah ramah sangat, malu jugak sebenarnya bila baru kenal, nak bergaul dengan golongan senior aka dewasa ni (-_-)' sebelum ni selalu huha huha dengan kawan sebaya, sembang dengan depa pun topik cicai gitu je. sekarang, masuk alam pekerjaan, nak kena kenal dan bergaul dgn a group of adult people, cekgu-cekgu plak tu. wahhh now i really need to get out of my safe zone, break off my shell hiyahhh (^o^)/ seboleh mungkin, tegur guru guru kat situ, yang penting senyummmm =D =D bila lepas raya, no longer Ramadhan selalunya cekgu cekgu kat situ akan brekfast around 9-10 a.m. imagine betapa pemalu, solehah dan sopan nya time tu, nak singgah kantin pun maluuu adeh! pangg! (-_-)'' tak tau ad apa dalam kepala mase tu, tapi tade kekuatan lansung nak pi kantin dan jointheclub guru guru yang duk sembang n brekfast tu, padahal patutnya time tu nak breaktheice ke, kenai kenai ke, buat buat ramah dgn family Paloh ni haiyyaaa -.-'


Sampai lah hari ke empat bertugas di SK Paloh, masih lagi tak masuk masuk ke zon kantin. padahal jalan 10 langkah je kot, teruih sampai, dan lokasi dia cumalah sebelah bilik guru *even dari tingkap i pun nampak strett (-_-)' i remember that day, ya Allah lapar sangat sangat errr. perot ni dah kluarkan macam macam bunyi yang extreme, kreukk kreukk =/ dari bilik guru tu, duk intai je, nak masuk ke tak nak ke tak, last last tak masukk aaa! tade kekuatan nak masuk erk! dlm kepala duk pikir, kalau masuk nak sembang ap dgn cekgu cekgu ni, kang senyap cakap sombong bla3 mcm2 monolog dalaman yang bermain di minda time tu. haihhhh. terok betul. time rehat, *haha nak gelak ingt ni. ad sekali lalu kat budak budak duk makan, ad sorg bwk kueh raya, jd dia bg seketui, ya Allah dlm ati ni mcm yahooo akhirnya! makanan! nak sebekas boleh ka? kiki hm gitulah hari tu berlalu, lapar seh (-_-)' last last, sakit perot, rasa mcm acidic. that moment msg kawan ni, 'peq lapar. sakit perot' sekali kawan tu kol, tak makan lagi ke? tunggu jap saya mai bwk makanan. err? tak sempat explain apa2 alih2 sampai delivery nasik bungkus dgn air teh limau ais kiki *dalam hati ada taman jap. maseh peqq :3

the next dayyy, ahah! akhirnya ada kekuatan untuk masuk kantin, tu pun kebetulan kak ana, cekgu yang jaga budak PRA, yang baik dgn saya sebelum ni ada kat dalam. wah wahhh masuk like a boss, penuh yakin,masa tu guru besar pun ada. dalam ati ni, notbadd, first day masuk kantin sembang dgn headmistress kiki :3 masuk tu, woo makanan sini not bad, banyak jugak pilihan, kalau ku tahuuu. siap tapaw utk makan tengahari ngee >.< masa tu cuma makan mi goreng, keropok dan order air milo panas. wahh lega cheq. baru la semangat masuk kelas! hii >,< since that day, hari hari kemudiannya mula selesa dengan guru guru kat sana. mula mula kan kenal2 ingat yang ni kerekk, yang ni sombong, padahal semua baik baik =] sehingga hari ni, dah rasa tak janggal lagi, dan rasa apart of the Paloh big family. hihi. apa lagi, dah banyak aktiviti, program yang buat sekali, cthnya sambutan hari raya kat sana, gotong royong, mesyuarat guru-guru *yang ni pun excited ka :p 


Budak budak pun ada yang dah ingat nama, antaranya aiman, hakim azizi, taufiq, balqia, izzah maisara, lili, fathir dan lain lain. seronoknya Allah izin dapat kenal mereka yang chomel chomel ni! :D sekarang baru faham, kenapa kawan kawan yang belajar ipg, akan happy dgn anak murid diorang, selalu uplod gmbar dengan cekgu etc, rupa rupanya, tuu la kegembiraan, kebahagiaan, ke'happi'an seorang yang bergelar guru =] memang besst pengalaman ni. Alhamdulillah. dah mula suka n jatoh chenta dengan SK Paloh ni :) sekarang masih berbaki sebulan setengah, insha Allah akan manfaatkan peluang ni sebaik mungkin. i always pray, the next, next dayy, i m gonna be a better ostazah. make it better, always. insha Allah! till then #lovepaloh#


Wednesday, August 21, 2013

Mission accomplished :)

As salamualaikum dan salam sejahtera! :] fuu lamanya x jenguk blog, rasanya lebih sebulan sebab last post bertarikh 14 July 2013 >,< akhirnya hari ni 22 Ogos 2013, dbaru ada kekuatan untuk mengatasi kemalasan menaip. dan tiba tiba hari ni rasa macam nak bercakp, dan bagi nasehat pd diri sendiri =,='' Lepas habis pengajian di UMT, rasanya macam macam benda baru yang menjengah dalam hidup saya. Ada yang suka, duka, pahit, masam, manis. yang pastinya Allah dah atur setiap suatu yang terjadi tu bersebab, berhikmah. there s a reason why *yeah, postif positf (^,^)/


Bermula dari bulan Jun lagi, diri disibukkan dengan mencari kerja, approach lecturers untuk postgraduated master project, fikir tentang itu dan ini. haihh, pening den =,='' sampailah akhirnya masuk ke bulan Ramadhan, saya tekad untuk isi ample time ni *instead of menganggur =,=' dengan memulakan bishnesh kecil-kecilan. Bisnes simple-simple, bermula dengan modal aka simpanan duit PTPTN yang berbaki masa semester akhir. Waktu tu mmg dah plan, kalau boleh dengan baki duit saku yang ada ni, nak jadikan modal bishnesh. Alhamdulillah :D dimana ada kemahuan, disinun ada jalan! Saya start jual tepung kek, kek coklat moist, kek redvelvet, puding, pemanis mulut/dessert etc :D Slow slow, dapat jugak menjana income roughly RM300-400 sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ni. Daaan, baru baru ni dipertengahan bulan Ramadhan, one of my bestie Lina Wani nak join venture dan bisnes makin rancak waktu tu. now we re doing delivery! (^,^)/ naahh pernah skali sampai nak sesat, area batu rakit semata mata nak hantar sekotak pizza err -,-' apapun, it was a great exprience :D atleast,dah berjaya accomplish one of my mission, iaitu memulakan bisnes sendiri (yang kecil ciput ni). insha Allah, memang nak libatkan diri secara serius dalam bidang ni, cuma tunggu masa yang sesuaii :D

Sunday, July 14, 2013

Alhamdulillah, baby dah selamat keluaq :')

Ahamdulillah, setelah penantian demi penantian, debaran demi debaran akhirnya mak sedara ssaya, cikmi, selamat melahirkan anaknya yang kelima tengahari tadi. Tak tahu kenapa my heart feel so touch, terharu, bersukur sangat. As i did mention in previous entry, sejak sehari sebelum Ramadhan, cikmi mengalami beberapa masalah kesihatan macam darah naik etc yang menghalang proses kelahiran untuk berlaku walaupun dah keluar tanda (mymom said, sebenarnya saya pun tak paham sgt huhu). Apapun, lega, sekarang dan selesai, selamat semuanya. Jam 1 petang tadi, terima satu SMS daripada my other aunt, yang maklumkan cikmi dah selamat lahirkan anak, and its a gal! :D hooreyyy. nervous nervous. lepas tu saya bagitahu mymom, then jam 2 petang kami 2 orang pergi hospital untuk jenguk cikmi dan baaabynya :D 


Sewaktu tunggu cikmi keluar dari dewan bersalin, macam-macam benda bermain di fikiran saya, keadaan sekeliling, dalam wad, pandangan pandangan orang yang sakit kepada orang sihat. Masha Allah, betapa bersyukurnya saya, yang sihat wal afiat ni, sedangkan ramai lagi manusia manusia yang Allah pilih untuk diuji sakit dan macam macam masalah lagi. Dan dari situ juga saya lihat, satu scene. antara seorang doktor yang rush sana sini, dan seorang pesakit, pelawat pesakit yang tak dikenali begitu murah dengan senyuman, tegur mak saya seolah olah dah lama kenal. Allahurabbi, tak semestinya Dr. Dr. ni happy kan, ada yang baik dan tak kurang juga yang sombong, buat kerja kasar, ergh (choyy!) dan anehnya orang biasa biasa ni, begitu mesra, penuh kasih sayang, dan seolah olah tiada barrier. huhuhu Pelik, aneh. what a life (=,=)''


Sewaktu tunggu cikmi keluar dari dewan bersalin, mymom cerita pengalaman waktu dia bersalin dulu. macam nimacam tu hihihi i feel touched. mom is great, super osem seriously! Sakit nak bersalin ni, Tuhan je tahu. macam macam perasaan ada. dan waktu tu cuma harap suami untuk bagi sokongan, bagi semangat. susah hati, bimbang, takut semua ada. tapi bila dah churchurchur keluar, tengok baby, semua yang sakit sakit otomatik hilang, wahhh itulah kata kata mymom. i smiled. deep inside, i pray and pray, semoga saya pun satu hari nanti akan lalui semua ni :') then only i know susahnya dan osemnya feeling menjadi seorang ibu hoho yeayyi want to become a mom. i want to have my own babyyy. ihii (^,^)/ Dan akhirnya, lebih kurang jam 3 cikmi dibenarkan keluar. saya curik curik skodeng baby tu, oo my gucci, its soo lovely! :D :D baby tu sangat cantik, comel, sempurna tiada dosa :') dan saya rasa sebak, terharu tengok cikmi yang kelihatannya penat dan masih lemah. my aunt had oredy gone throo so many hardships and tough days before. Semoga Allah merahmati, dan memberi kemudahan pertolongan dunia akhirat kepada beliau. aamin :') 

haa! berbalik kepada baby. proses transfer cikmi dan baby ke wad melalui beberapa proses, depa baiki bungkusan baby, check nama, jantina, minta ic, dan bagi suntikan VCG kat baby di bahu kiri. lepas tuuu hah, baru lah baby tu ditinggalkan di katil kecik sebelah ibu dia (macam ala ala drama) hik ya Allah, this experience was so great, i m not goin to forget this! the baby is so beautiful, i just fall in love with her! hiii dan Alhamdulillah, baby ni sihat wal afiat :D dia santek, comel, cerah dan rambut lebat hii i took few pictures of her. haaa ni beberapa gambaq baby ramadhan yang comel ni. okay, setakat tu sahaja cerita kisah excited dapat kazen baru ni hik >,< syukur sangat-sangat, for His blessings, and for this beautiful and adorable angel. Alhamdulillah :')




Saturday, July 13, 2013

Penat fikir (-.-)''

Err. Tersilap tidur awal tadi, seawal 8.15 malam lebih kurang setengah jam selesai ifthor, tiba tiba mata ni jadi berat sangat dan akhirnya zzZ. Akibatnya, hah! semua orang tido dan menjelma sekoq burung hantu tengah online malam malam jam 3 pagi. aiyakk (-.-)'' Dan yang tak bagusnyatada orang pun untuk sembang sembang and by this momen, your own mind is playing tricks on you. It tries to make you feel mess and worry about everything around ahah! i know it (-_______-)''


Cheq tak sukaa :[ hurm. tiba tiba semua benda main dalam kepala. haiyuu. sekali lagi saya mula berfikir tentang master (yang sekarang saya dah mula rasa sedikit 'tawar hati' untuk mencari dan terus mencari), kerja, practice drive, kerja dengan lecture, program dengan batch,my friends yang hilang apabila diperlukan dan macam macam lagi. Penat fikir (-.-)' serius. cuti ni sepatutnya jadi satu gap masa untuk merehatkan, tapi.. yaa macam tu la, it seems to be not in term of mentally wuhui! D:

Plan asal tentang master, i only interest untuk buat program pascasiswazah kalau ad rezki di tempat yang dekat dekat. tak kisahla orang kata tak open, fikiran tertutup, 'u shud try something new or what' but i have my own plan for my future time. saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, blessed with my family around, dan Terengganu simply osem. Lagipun, kat sini ada jah peluang untuk sambung belajar yang osem osemit just that perlukan masa untuk cari dan terus mencari (i dont like this part hergh). Buat masa sekarang di UMT, amat terhad tempat atau ruang untuk diselitkan utk sambung, mungkin saya sedikit kelewatan dan sebagainya jadi peluang yang ada dah di grab terlebih dahulu. sehingga sekarang, setakat saya tahu cuma tinggal beberapa lecturers yang still looking for master students, dan yang tu pun kelompok yang risky (projek makan masa lama, susah etc). So, esok nampaknya kena gugel gugel lagi dan approach lecturers as i did in past few days. hurm ya Allah negatifnya perasaan yang ada dalam diri sekarang, kuatkanlah hati ni (-.-)''


Seterusnya, i keep thinking seriously regarding this matter, practice drive. masa sekarang, sangat perlu kepada drive, i need to move here and there. khamis baru baru nidapat satu emel offer kerja sementara daripada my lecturer, however however, i have transport problem dan masalah dari segi penginapan. sekarang UMT dah tadak orang cheq kecuali diploma students. sebelum ni boleh tahan lagi ada saki baki students yang masih menginap, tapi sekarang its too risky (-.-)'' and by this time, how i really wish that i can drive. i want to drive and move here and there. sampai bila nak bergantung dengan orang lain when it comes to transport (-.-)'' bukan semua orang nak tolong, muka pun dah tebai asyik tanya org sana sini mintak tolong tumpangkan masa kat uni dulu. hurm. lagipun sekarang dah besar panjang, umo 22 tahun 1 bulan dan 15 hari, satu peringkat umur yang perlu kebolehan untuk bawa kenderaan sendiri, utk kerja study dll. hurm hurm. ya! kena practice drive! haippp -feeling determined!- itu plan kemudian hari, tapi sekarang, benda yang nak kena fikir, offer untuk kerja to mungkin (80%) kena tolak kot disebabkan reason reason yang dinyatakan di atas. hurm hurm. 



Another matter yang bermain di fikiran ialah perihal my skool batch. buat masa sekarang saya masih lagi jadi naib presiden batch dan presidennya ada 2 orang, seorang pemangku dan seorang lagi memang presiden yang dipilih secara sah *macam Dr Morsi (eh heh, tiba tiba out of topic). um, i never said this to anyone, but here (since i think my blog is the only place for my secrete thaught).frankly speaking, sangat rasa terkilan, 'kuciwa' dengan komitmen sesetengah ahli ahli jawatan kuasa, MT dan presiden sekalipun. dah lama simpan 'rasa' ni dan oleh sebab mata yang dah taknak tido nii really want to take this out from my heart. yes, sangat rasa yang orang lain tak bagi komitmen, dan tak bersungguh-sungguh dalam hal berkenaan skool batch. Padahal jawatan yang dipegang bukan atas nama jawatan semata-mata tapi the 'matter' of amanahyou hold an 'amanah' here, people trust you, and that is why they choose you! Grrr

Setakat ni bagi saya jawatan dalam batch memerlukan komitment yang sangat sedikit, spanjang tahun tade apa apa melainkan update info group dan lainnya, satu program annual batch. dan itu pun sesetengah pihak masih rasa berat untuk berkhidmat dan menyumbangkan sesuatu untuk skoolbatch. tak tahu lah, but for me, deep inside, skool batch, is 'something' for me. maksudnya, saya rasa benda ni penting, kena buat (espesli bila kita pegang suatu jawatan, so its a must for u to do sumthing). but how 'kuciwa' i was, bila cadangan diajukan, no one (MT, AJK and even presiden) interested, cuma main main dan sembang pasal benda lain (-.-)'' okay maybe sbb depa rasa depa rendah diri, depa malu nak suggest atau tada idea. but the presiden? sekarang ada 2 orang presiden as i did mention, and no one talked to me seriously about this matter (program batch, jawatankuasa batch, update terkini dokumen batch etc). no one ever. sorang bizi, masih di u (okay, boleh diterima), walaupun saya rasa sekarang ni pelbagai medium boleh jadi intermediate between me and him kalau nak betul betul diskus tentang benda nidan itupun if only this matter is a matter to him (-.-)'' seorang lagi, expect semua benda orang lain yang setel dan suka guna perkataan 'okay la tuawak ejah sekali' (pantang i wuhui!) okay ini bahasa terengganubahasa standadnya 'okay, tolong arrangekan, tolong setelkan benda ni). bila fikir fikir, jadi geram. Astaghfirullah, hurm. yea, you are presiden, if there is a thing that is need to be arranged, that is you! bukan orang lain. Tugas seorang presidenketua, pemimpin untuk pikir urusan pimpinan diaarrange, aturkanbincang dengan pimpinan lain, and then, 'rite, lets do this together!' bukannya expect semua benda dah ready made and then act like it was all you from the beginning. no, that is totally not the way hoh! erghh. dan bila saya cuba untuk cakap benda ni dengan AJK lain, kawan kawan lain, i see like no one interested, or care. but the funny this is, yet everyone expect and frequently ask 'tadop plan ap2 untuk batch kali ni?' 


Be positive, no matter what! you are osem babe! :D
wah wah panjang nya membebel kali ni, hurhur time time semua dah tidur krohh krohh macam ni biasa keluar idea macam macam untuk mengarang cerpen, dan dengan tiba tiba kepala jadi sangat berat dan mula fikir semua bendaa haihhh (=.=)'' okay, sebelum mengundurkan diri, for ones yang tak sengaja buka blog ni, terbaca dan mungkin tahu tentang siapa saya coretkan sedikit bingkisan di atas, sedikit pun tidak nak memburukkan siapa-siapa, sekadar luahan hati yang kuciwa dan bengkak nih huhu i speak to no one about this, cuma tiba tiba saya rasa nak tulis tentang beberapa perkara kat sini hari ni, yang saya rasa, saya perlu luahkan somewhere or to someone. since there is no someone to talk to, so it s somewhere (myblog ofkos, huhu). susahnya nak cari sahabat yang benar benar mendengar luahan hati yang terpendam sekarang. huhu nevermind, Allah pendengar yang paling setia kan :D haih. okay setakat tu sahaja membebel di malam hari. maaf andai kata terkasar bahasa, terlanjur bicara. sekarang jam 4:10 pagi, selamat berqiamulail. sekian! as salam [^,^]/