Bismillahirrohmanirohim, Alhamdulillah masuk hari ke 10 tahun 2015. Cepatnya masa berlalu! Perasaan ni, rasa macam tade perasaan bila masuk ke tahun baru. Rasa macam , entah . Kosong . Tapi bila termenung, duduk luar rumah, hirup nescafe, cicah biskut Hupseng (over lak description), tak terkira betapa banyaknya benda yang Allah aturkan, dan hadiahkan pada aku. Sedih, marah, sakit hati, penat jerih yang aku lalui sepanjang tahun 2014 ini tak lain tak bukan menjadikan siapa diri aku pada hari ini. Dan begitulah kehidupan, serta bagaiman ia berlalu. Sampai akhirnya kita akan dikembalikan kepada Allah dan dipersoalkan tentang amalan di dunia. Hm . Allahurobbi . Kerdilnya diri ini . Sebelum aku lupa peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2014, hah, harini ambil sedikit masa untuk membebel kat sini, catat apa yang patut. Hee . Supaya satu hari, bila aku bosan tengah jaga anak ke kan (Ehhh? huihui) aku mampu tersenyum mengimbau semula apa yang pernah aku lalui, apa pengajaran kehidupan yang aku kecapi. Haaa ! Nampak semangatnya disitu, siap dengan tanda ikut bulan-bulan lagi ;)
Nothing much yang berlaku pada permulaan tahun ni . Cuma pada masa ni, termeterailah satu perjanjian antara saya dengan ex-kosmate masa UMT iaitu F, untuk join venture perniagaan kek dengan aku. Oleh sebab pernah belajar sekali, dan aku tahu dia ada minat dan background bisnes, jadi aku tade masalah (waktu tu, huhu) untuk terima dia. Kami banyak berbincang strategi pemasaran sama-sama dan kebetulan dia ada kiosk ayam gunting, jadi masa tuh kami fokuskan jualan minikek di kiosk tersebut. Akhir bulan Januari, Alhamdulillah rezeki lebih, kami beli satu peti sejuk saiz kecik, dan letak rumah sewa beliau. Untuk mudahkan penyimpanan minikek. Masa ni, aku pun masih banyak nak belajar. Kek, resepi, dekorasi kek masih jadi sesuatu yang baru bagi aku. Mak ayah masa ni kurang prefer aku berbisnes, iyalah kurang keluar rumah kan. Masa ni pengankutan banyak F yang tolong sebab dia dah berkereta, aku, masa tu baru bertatih memandu, penakut betui huhuh
Februari
![]() |
| Hasil jari -jemari masih keras. |
Bisnes masih berjalan macam biasa. Semakin stabil , Alhamdulillah. Ini je yang aku fokuskan pada waktu ni, dan target aku betul-betul pada apa yang aku minatkan ni. Waktu tu semua tolak tepi, faktor luaran dan hape-hape sekalipun. Contohnya, orang-orang luar yang duk soksek tanya 'Ehh, dh grad dok mitok khije lagi ke?' Uhuhuh. Persoalan yang sama berulang kali diajukan . Aku sabar, kadang-kadang tu aku buat rilek jawab, 'Oh Alhamdulillah buat bisnes kek online sekarang' Fuh, tak sangka aku ada keberanian tu walaupun kadang-kadang depan sedara parents aku. huuu . Dan sebenarnya respon depa OK jah ;) Waktu ni, parents pun ad luahkan, minta kalau buleh carilah kerja kan. Dalam hatiku berbelah bagi. Aku pun slow-slow lah klik mudah.com cari kerja, walaupun hati, aduhai rasanya kesungguhan tu 10% pun tak sampai. Huhu . Hujung februari, Alhamdulillah ada rezeki lebih, dapat beli oven satu lagi ; Pensonic warna hitam yang lebih besaw. yuhuu . Tu pun sebab oven lama ni menunjukkan simptom dah nak rosak (padahal sampai sekarang ok lagi, aku je ngengade mase tu kot kiki)
Mac
Bisnes makin OK, Alhamdulillah :) Aku masa ni terus belajar dan belajar improve produk-produk. Cari resepi , belajar dari Utube etc. Masa ni makin kenal dengan baker-baker seluruh Terengganu juga . Uih, rasa macam kerdil sangat diri ni. Ramai baker-baker ni otai-otai yang jauh berpengalaman, yang dah ada kedai pun ramai. Aku ni .. huhuh baru bertatih. Tapi bila difikir-fikir, itulah sebenarnya yang jadi pembakar semangat! If they can do it, why not me? Hah! ;) Ada sekali tu siap jumpa merangkap paksedare Ayohde lagi (ingat-ingat lupa ni bulan 3 ke 4, hehe), dengan partner bisnes untuk menuntut ilmu, macam-macam ilmu dapat. dan yang penting semangat tuh ! Semangat orang yang bisnes-minded nih lain macam, makin kita tadah, makin kita tagih nak dengar. Sebab yang disampaikan tu semua input yang bermanfaat, ternyata kalau nak berkecimpung dalam bisnes, the key is bukan hanya passion+semangat, tapi kegigihan dalam cari ilmu dan praktik! Yes!
April
| Hasil kelas deco dengan Fa Cakes dari Kelantan :) |
![]() |
| Kenangan dengan geng 5 Bestari :) |
Terus jadi cekgu (kali ni ganti cekgu lain, tapi disekolah yang sama), dan banyak terlibat dengan event sekolah secara tak lansung. Masa ni jugak baru kenal dengan Cekgu Nazira, yang jadi cekgu ganti untuk subjek Sejarah. Masa ni banyak berkepit dengan dia.
Julai-Ogos-September
Tak banyak benda berlaku, aku masih berada disekolah yang sama sehingga penghujung Ogos 2014. Lama-lama, makin serasi dengan cekgu-cekgu n pelajar-pelajar kat sana. Murid yang still berhubung, jadi geng-geng aku sampai sekarang ialah budak-budak 5B.kikik . Sampai sekarang kami sentiasa up-to-date hal masing2 melalui wasap dan facebook . Kat sekolah pun banyak pengalaman dapat, kerja dalam satu team, merasa duduk dalam mesyuarat guru-guru (mengantuk amat uhuk3) dan sambutan hari raya dengan murid-murid. time ni selfie habis . kui3. Hari belajar bukan main monyok budak-budak ni, time hari yang ad event, tak blajar, hah! tudddia keluar diri sebenar masing2. kui3. (cekgu pun sama sebenarnye). Haaa dalam seminggu habis kontrak di SMK Padang Midin, dapat satu lagi tawaran di SMK Bukit Guntong. Kali ni jadi Ostazah mengajar tingkatan 3 yang kebetulan 3 minggu lagi nak hambik exam PT3 waktu tu =,=' Kalau dulu aku rasa mengajar di SMKPM mencabar, di sekolah yg satu lagi lagi-lagi-lagiiilah mencabar. wuhuu . mungkin dari segi suasana, persekitaran dan pelajar-pelajarnya kot.
Tak banyak benda berlaku, aku masih berada disekolah yang sama sehingga penghujung Ogos 2014. Lama-lama, makin serasi dengan cekgu-cekgu n pelajar-pelajar kat sana. Murid yang still berhubung, jadi geng-geng aku sampai sekarang ialah budak-budak 5B.
Masih lagi jadi cekgu dan pembuat kek.
Masa pun berlalu dan berlalu. Masa ni ak dikejutkan dengan berita yang salah seorang murid kesayangan masuk hospital, dan disahkan mghidap kanser.
November
Awal November, habis kontrak jadi guru di SMK Bukit Guntong. Perfect
![]() |
| Selesai tawaf, sebelum melaksanakan ibadah sa'ei :) |
![]() |
| Alhamdulillah, Allah izinkan kami sampai disini :) |
begitulah pengakhiran tahun 2014 yang begitu bermakna buat diriku. moga ini menjadi titik tolak untuk aku ubah diri aku jadi lebih baik, jadi lebih dekat dengan Allah mudah-mudahan.













